Thursday 14 March 2013

15 Sunnah Rasulullah SAW


ِﻢۡﺴِﺑ ِﻪﻠﻟﭐ ِﻦٰـَﻤۡﺣَّﺮﻟﭐ ِﻢﻴِﺣَّﺮﻟﭐ
َّﻢُﻬَّﻠﻟَﺍ ِّﻞَﺻ ْﻢِّﻠَﺳَﻭ ﻰَﻠَﻋ ٍﺪَّﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧِﺪِّﻴَﺳ
.
Berikut merupakan antara amalan
yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan ia menjadi sunnah
buat umatnya yang dikasihi.
Amalan ini mampu menjadikan
seseorang itu mencintai baginda
dan boleh membawa seseorang itu
cenderung ke arah ‘soleh wa
musleh’.
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist
Radliyallahu’anhu menuturkan,
yang artinya, “Tidak pernah aku
melihat seseorang yang lebih
banyak tersenyum daripada
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam lebih suka mendahulukan
yang kanan dalam segala hal
(perbuatan) seperti memakai
terompah, bersikat, berwuduk dan
mandi. “ (Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan:
“Pakaian yang paling disukai
oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi
wasalam ialah pakaian
Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu
Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam bersabda: “Hendaklah
kamu bercelak dengan
menggunakan batu celak (Al-
Itsmid) kerana celak dapat
memperjelaskan penglihatan dan
menumbuhkan bulu
(mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu
Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam memakai cincin di jari
tangan kanan Baginda.” (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu
Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam makan menggunakan
ketiga jari Baginda. Selepas
makan Baginda menjilati ketiga-
tiganya.” (Riwayat Tarmizi,
Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan:
“Ketika Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam minum, Baginda
menarik nafas (menghela) dua
kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu
Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW
bersabda: “Tahukah kamu
tentang sesuatu yang paling
cepat mendatangkan kebaikan
ataupun keburukan? Sesuatu
yang paling cepat mendatangkan
kebaikan, adalah balasan
(pahala) orang yang berbuat
kebaikan dan menghubungkan
tali silaturahmi, sedangkan yang
paling cepat mendatangkan
keburukan ialah balasan bagi
orang yang berbuat jahat dan
yang memutuskan
persaudaraan.” (Riwayat Ibnu
Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan:
“Apabila Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam berjalan, tubuh
Baginda tegak seperti sedang
menuruni tanah yang
landai.” (Riwayat Tarmizi dan
Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam mengulangi perkataan
Baginda tiga kali supaya lebih
difahami (oleh pendengarnya).”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a.
meriwayatkan: “Tawa Nabi
Muhammad Shalallahu ‘alaihi
wasalam hanyalah senyuman.”
(Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan:
“Betapa baiknya Nabi Shalallahu
‘alaihi wasalam menggauli kami.
Baginda berkata kepada
saudaraku yang masih kecil,
‘Wahai Abu Umair, apa yang
sedang dilakukan oleh burung
nughair?’” (Riwayat Tarmizi,
Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan
Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap
kali hendak tidur pada malam
hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam selalu menadahkan
kedua tapak tangan sambil
membaca Surah al-Ikhlas, al-
Falaq dan an-Nas kemudian
Baginda meniup kedua-dua
tapak tangan tersebut. Setelah
itu, Baginda menyapu bahagian
tubuh yang terjangkau, dimulai
dari kepala, wajah lalu bahagian
depan tubuh Baginda. Hal itu
Baginda lakukan sebanyak tiga
kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud,
Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada
Ummu Salamah tentang cara
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam membaca al-Quran.
Menurut Ummu Salamah,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam membaca al-Quran
dengan sangat jelas kalimah demi
kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari,
Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam melaksanakan solat
hingga kedua-dua kaki Baginda
bengkak. Beliau bertanya,
“Mengapa engkau melakukan
hal ini padahal engkau
mengetahui bahawa Allah SWT
telah mengampuni dosamu yang
telah berlalu dan akan datang?”
Baginda Shalallahu ‘alaihi
wasalam menjawab, ‘Tidakkah
aku menjadi hamba yang banyak
bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan
Ibnu Khuzaimah)

No comments:

Post a Comment