Saturday 29 November 2014

Tanda 100 hari mau meninggal


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disadari
oleh mereka yang dikehendakinya. Walau
bagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar
atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging lembu
yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti, kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka
yang sadar dan berdetik di hati bahwa
mungkin ini adalah tanda mati, maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah
kita sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan lenyap begitu saja tanpa sembarang
manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.
"Tanda 40 hari sebelum hari mati"
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu
Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mulai membuat persediaannya
ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan- akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
"Tanda 7 hari"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk
makan.
"Tanda 3 hari"
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu
supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
"Tanda 1 hari"
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-
ubun di mana ini menandakan kita tidak
akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.
"Tanda akhir"
Akan terjadi keadaan di mana kita akan
merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa
itu akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah
Syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.