Thursday, 15 March 2012

MENGAPA ANDA KETAWA?

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

MENGAPA ANDA KETAWA?

KETAWA adalah satu perlakuan menya-takan kegembiraan hati. Kegembiraan mendapat sesuatu yang diidamkan sela-ma ini. Gembira kerana berjaya dalam sesuatu perkara yang selama ini diusahakan dengan bersusah payah. Ada juga gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka. Gembira mendapat kembali barang yang hilang, atau gembira kerana bertemu kawan lama yang terpisah beberapa tahun. Itu semua adalah perlakuan biasa. Jarang ada orang yang ketawa ketika sedih. Tetapi ada juga orang menangis kerana terlalu gembira.

Tetapi anehya ada yang ketawa bila ditimpa musibah. Lihat saja bagaimana seorang yang berjalan bersama kawan-kawannya, tiba-tiba kakinya tersandung batu, atau masuk lopak, dia terjatuh. Andainya dia tidak tercedera parah, sehinga menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu me-ngukir senyum lagi; kita akan
melihat dia akan tersenyum atau ketawa. Dan kawan-kawannya pun akan turut ketawa. Apakah itu suatu yang melucukan? Tidak ada kelucuan sama sekali sebe-narnya. Tetapi mengapa jadi tertawa?

TERTAWA TIDAK PADA TEMPATNYA
Ketika di atas bas penuh dengan penumpang, berasak-asak berdiri. Tiba-tiba pemandu menekan brek basnya kerana seekor kucing melintas. Penumpang jadi terdesak ke depan dengan mengejut, ada yang jatuh, ada yang terantuk ke palang-palang besi kerusi depan dan sebagainya. Dalam keadaan beginipun ramai yang akan ketawa. Mengapa? Melucukan? Di manakah lucunya?

Kadang-kadang manusia tertawa tidak pada tempat-nya. Mereka sering tertawa bila melihat manusia lain ditimpa musibah, samada secara sedar atau tidak. Bahkan, cerita-cerita katun dalam tv, komik-komik dan majalah humor, banyak kita temui telatah-telatah begini.

Sebenarnya mentertawakan orang yang ditimpa kemalangan itu adalah satu sifat yang tercela. Dan ia ditegah dalam Islam. Sepatut-nya kita memberi pertolongan bukan mentertawakannya. Oleh itu kita perlulah melatih diri agar jangan tertawa bukan pada tempatnya. Kerana ia mendatangkan dosa. Dan cuba bayangkan bagaimana jika kita yang ditimpa musibah, dan orang mentertawakannya?

No comments:

Post a Comment