Rabu, 14 Maret 2012

Dajjal bertemu Iblis


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Sebenarnya sebelum Christopher Columbus sampai diAmerika Utara. Dajjal sudah pun sampai terlebih dahulu , tujuh abad lebih terdahulu daripada nya. Dajjal berada di Amerika Selatan dan sedang melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya bertempat di Puerto Rico. Dajjal bercadang mahu menjadikan antara Puerto Rico dan Pulau Bermuda sebagai bentuk piramid sebagaimana piramid Fir'aun. Dia mahu piramidnya lebih besar pengaruhnya daripada piramid Fir'aun. Dajjal mahu puncak bagi piramidnya itu terletak di dirinya sendiri, iaitu sebagai "kota bomoh yang ditunggu-tunggu".

Dia pun mula mengirim orang-orangnya sebagai pedagang ke beberapa negara di dunia. Sebenarnya pedagang-pedagang itu adalah pengintipnya yang mengumpul segala maklumat, mengumpul segala gambar dan mengutip berita dan maklumat untuk Dajjal.

Pada abad ke 8 M bersamaan dengan abad ke 2 Hijrah, Dajjal belayar menggunakan kapal yang menggunakan tenaga matahari di Segitiga Bermuda, dia bercadang untuk mengunjungi Pantai Florida. Tetapi ditengah malam yang gelap gelita itu dia ternampak pula cahaya dari arah jauh. Cahaya itu semakin •dekat. Dari pancaran cahaya itu terlihat bayangan istana dari kaca seolah-olah istana kristal. Pengawal-pengawal Dajjal pula ternampak seperti makhluk berkepala anjing dan keldai dari kilauan cahaya itu. Mereka bercaMp dalam bahasa yang dia bertemu tidak faham.Dajjal pun berkata kepada pengawalnya,"Apa yang aku nampak ini?"

Mereka menjawab," Wahai tuhan kami, kami hanya nampak cahaya dan mendengar bisikan. Cuba tuhan kabarkan kepada kami apa yang engkau nampak kerana kami tidak dapat melihatnya. Engkau adalah tuhan kami dan melihat apa yang kami tidak lihat." Dajjal menjawab,"Baiklah, itu adalah tugas aku."

Kemudian dia pun mengeluarkan beberapa jenis bahan dari biliknya di atas kapaf itu dan mencampurkan bahan-bahan itu. Setelah itu semua orang boleh nampak seolah-olah ada gunung bercahaya atau binatang liar berbadan besar yang bersinar-sinar. Dia juga nampak seluruh makhluk yang mengelilingi istana itu dalam keadaan berjaga-jaga dan kelihatan mereka berjalan tergesa-gesa masuk ke dalam istana itu. Ada sesetengahnya pula terbang menjauhi istana itu dan mejauhkan diri dari kapal Dajjal yang semakin dekat dengan istana itu. Bertambah pelik lagi. sebaik saja kapal Dajjal rapat, pengawal-pengawal Dajjal mula menguap dan tertidur seolah-olah mereka dibius dengan ubat pelali. Dajjal pun turut menguap dan secara tidak dia sedari, dia pun menutup hidung dan mulut dengan tangan dan bersiap-siap untuk masuk ke dalam istana yang membingungkan dia itu.

Apabila masuk ke dalam, dia amat terkejut melihat beratus-ratus makhluk mirip seperti anjing, keldai, kucing dan ular mengelilinginya sambil tunduk sebagai tanda hormat. Salah satu makhluk di antara mereka mahu mara ke depan untuk menghulurkan tangan. Mereka semuanya berwarna hitam. Bulu-bulu mereka hitam. Makhluk itu bercakap dalam bahasa yang dia tidak pernah dengar tetapi dia faham, sepertimana manusia bercakap dengan manusia lain dengan bahasa masing-masing. Antara makna percakapan makhluk itu ialah." Raja agung menantimu. Dia adalah tuhan alam ini. Malam ini engkau menjadi tetamunya untuk mengikat ikatan cinta dan menjalin satu kerja sama. Engkau menjadi raja yang boleh dilihat sementara dia. menjadi raja yang tidak boleh dilihat, yakni tersembunyi."

Dajjal faham dengan seluruh perkataan itu, lalu dia melalui celah-celah makhluk yang sedang berkumpul itu, Sementara itu syaitan-syaitan dengan jumlah yang banyak sekali cuba hendak mendekatinya. Bukan sikit-sikit jumlah syaitan itu, hampir berjuta-juta, dalam berbagai bentuk, dari sekecil sebesar semut sehingga sebesar lebah, sebesar jari, selebar tapak tangan dan ada yang panjang satna saiz dengan manusia.Mereka menari-nari dan menyanyi lagu yang dia sendiri tidak faham.

Tetapi Dajjal tahu. mereka semua sedang bergembira, kegembiraan mereka itu amat luarbiasa seperti sangat seronok mendapat sesuatu . Dajjal terus mara dan terus mara ke mimbar yang besar. Di situ tertampal gambar-gambar syaitan yang berbagai saiz dan bentuk. Ada gambar binatang yang dikenali oleh manusia ada yang tidak dikenali. Paling ganjil sekali gambar seekor monyet yang tertulis kata-kata yang khusus untuk manusia dan jin..

Memang jin ada kemampuan untuk mendirikan bangunan dan merupa seperti manusia. Dalam firman Allah SWT (Saba1, 34: 12 -13) Dan kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di anmtara mereka dari perintah Kami, maka Kami rasakan kepada azab neraka yang 'apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarjga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.

Tiba-tiba mereka menyuruh Dajjal berhenti di hadapan salah satu makhluk yang sedang tunduk dan meminta yang lain pun tunduk sama sambil masuk menghadap tuan besarnya. Dajjal tidak mahu tunduk walaupun yang lain semuanya tunduk, mereka pun berbisik kepadanya/'Tunduklah, kerana ini adalah etika untuk masuk berjumpa raja yang menjadi tuhan." Dajjal menjawab,"Aku adalah raja yang menjadi tuhan."

Lalu yang lain itu pun terus tunduk dan meninggalkan dia sendirian. Akhirnya Dajjal masuk sambil tunduk. Dia mendapati dirinya berada dalam satu ruang yang luas dan gelap. Kemudian ada cahaya jingga tua bersinar dari sisinya. Selepas itu, tiba-tiba saja dia dapati ruang itu diterangi oleh cahaya seperti api. Kemudian dia dapati dia berhadapan dengan satu makhluk yang buruk rupanya dan boleh menyeramkan apabila dipandang. Iblis itu pun mendekatkan-diri kepada Dajjal, dan mereka berjabat tangan. Iblis berkata,"Wahai manusia (tanda) kiamat, aku telah menantimu sejak jutaan tahun. Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kami. Permusuhan antara kita dan mereka tidak akan hilang. Entah mereka yang menang atau kita yang menang. Kalau kita menang, kita telah mengalahkan Allah.

Kalau kita mengalahkan Allah, kita menjadi tuhan bersama-Nya, yang tidak ada sekutu bagi kita. Itulah saatnya kita mencipta sebagaimana Dia mencipta. Jika tidak, katakanlah padaku dari mana Allah mendatangkan akhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun? Pasti Dia belajar dari tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya, kemudian mengkhianatinya dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuiNya dari rahsia-rahsia itu. Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapaiNya hanya dengan memusnahkan umat ini. Allah telah mengampunkan Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, member! mereka malam al-qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, member! mereka tempat wukuf di Arafah. Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya, member! mereka istighfar (permohonan ampun) dan lalu Dia pun menerima ampunan mereka dan member! mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sekerat. Dia telah memuliakan mereka. Lantas mengapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan rendah dan cubaan hidup berupa harta, anak, wanita, emas, hukum, kekuasaan dan kedudukan? Kita kirim pada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan, jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta mengoyak AIQuran yang ada dalam dada mereka sehingga mereka menjadi Islam hanya pada nama saja. Kita jadikan orang-orang Yahudi, bangsamu itu, sebagai pemegang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga mereka menetapkan pajakdan memperoleh apa yang dijanjikan pada mereka untuk menguasai Palestin. Dengan begitu mererka menjadi penguasa seluruh dunia. Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas 'arsy dan kekuasaan.

1 komentar: